Showing posts with label gnome. Show all posts
Showing posts with label gnome. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Ubuntu 12.04 bakal mengembalikan antaramuka "Gnome Classic"

Ubuntu 12.04, dengan kod nama "Precise Pangolin", dalam preview di sini bakal mengembalikan antaramuka klasik yang digunakan di dalam Gnome 2. Perkara ini sudah dilakukan oleh Linux Mint, distro derivatif daripada Ubuntu.

Nampaknya pihak Canonical sudah "tersedar" dari lamunan utopia mereka tentang penggunaan antaramuka yang ekstrem tanpa memikirkan hal "usability" di dalam pembinaan antaramuka.

Ini adalah cekupan dari laman blog yang dipetik di atas

Thursday, December 30, 2010

Remember the Milk dan Getting Things Gnome (GTG)

Remember the Milk merupakan aplikasi kesukaan "Getting Things Done-GTD" saya di dalam fon Android, tetapi oleh kerana ia adalah perisian berbayar, saya hanya sempat menggunakannya sebentar cuma. Namun, ada perisian lain di dalam Gnome yang membenarkan kemaskini dengan RTM ini iaitu Tasque dan Getting Things Gnome (GTG). (nota: disebabkan itu, saya beralih kepada GTask di dalam android, dan menggunakan Prism + Google Task sebagai desktop shortcut. Perisian Astrid di dalam Android juga mempunyai fungsi sync ke Google Task)