Beban menyelidik dan melakukan penemuan breakthrough memang memeningkan kepala. Silap-silap haribulan lesung batu, kapal selam, bantal busuk, selipar jamban akan terbang ke atas kepala. Untuk mengelakkan hal-hal sedemikian berlaku, para penyelidik haruslah menjimatkan masa mereka untuk tugasan yang remeh seperti mengendalikan kertas-kertas akademik yang harus ditelaah untuk penyelidikan mereka.
Saya bertemu beberapa perisian antaranya ialah:
1- Modified Jabref oleh Sciplore untuk mengendalikan fail-fail BibTeX
2- Mendeley
3- Zotero
Buat masa ini saya sudah menggunakan perisian 1) dan sedang membiasakan dengan perisian 2).
So far dalam membentang progress report kepada penyelia saya dengan menggunakan LaTeX Beamer saya senang menggunakan 1.
Tetapi apabila fail-fail PDF saya sudah berlonggok dan enermous saiznya, maka saya merasakan perisian 2) iaitu Mendeley amat membantu. Ini kerana ia membaca metadata pada PDF untuk membantu tugas-tugas pengkatalogan di dalam pangkalan data kita. Sebenarnya hal yang hampir sama boleh dilakukan dengan Sciplore+Jabref tetapi saya dapati untuk sistem operasi Ubuntu 10.10 saya hal demikian tidak berlaku.
No comments:
Post a Comment